This Content Is Only For Subscribers
“HANG gila ka? Orang beraya balik kampung, hang pi makan angin oversea,” begitulah respons rakan baik saya apabila diberitahu rancangan kami sekeluarga untuk membuat kelainan dengan bercuti ke luar negara ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Alasannya mudah sahaja kenapa kami berbuat demikian. Faktor utama kerana saya dan isteri telah tiada ibu bapa dan bilangan saudara pun semakin berkurangan di kampung masing-masing. So balik kampung pun sudah tidak semeriah dulu tetapi kosnya tetap tinggi kerana masih perlu menyewa hotel, kos perjalanan, kesesakan dan sebagainya.
Keduanya, memandangkan isteri dan anak bekerja, agak mudah untuk mereka meminta cuti panjang (melebihi seminggu) ketika hari raya berbanding di waktu lain, terutama yang bekerja di syarikat yang mempunyai kumpulan pekerja terhad. Pengalaman melancong ke negara orang dalam waktu singkat sebelum ini sememangnya memenatkan dan menyebabkan anda terkejar-kejar ke sana ke sini.
Atas alasan sedemikian,



