TRENDING:

Technology Will Help Keep Your Home from Becoming Obsolete

I understand how that could positively effect your body,...

PN mampu buat kejutan dalam PRN Sabah, kata PAS

"PN Sabah juga tidak pernah terpalit dengan sebarang kes...

Panduan percutian ke Melbourne dengan bajet rendah

"HANG gila ka? Orang beraya balik kampung, hang pi...

“Jika ini harga yang perlu saya bayar, saya tak akan berganjak,” – Akmal

“Jika ini harga yang perlu saya bayar, maka saya harap rakyat boleh sedar bahawa orang yang buat kesalahan dianggap hero, tapi bila kita nak memperbetulkan keadaan dianggap sebagai bersalah”

SELEPAS hampir dua jam memberi keterangan kepada polis bermula pukul 11 malam, Datuk Dr Akmal Saleh melangkah keluar dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dengan menegaskan, ‘’saya tidak berganjak’’!

Ketua Pemuda UMNO menyatakan demikian sebagai menzahirkan pendirian tegas beliau bahawa  sanggup disiasat di bawah Akta Hasutan sekiranya itu harga yang perlu dibayar demi mempertahankan kehormatan negara.

 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu berkata, ketegasan tersebut selari dengan pendiriannya  yang konsisten mahu tindakan undang-undang tegas dikenakan terhadap mana-mana pihak yang memperkotak-katikkan Jalur Gemilang.

“Jika inilah harga yang perlu saya bayar untuk mempertahankan kehormatan negara tetapi disiasat di bawah Akta Hasutan, saya kata saya takkan berganjak dan saya beri kerjasama dengan baik.

“Jika ini harga yang perlu saya bayar, maka saya harap rakyat boleh sedar bahawa orang yang buat kesalahan dianggap hero, tapi bila kita nak memperbetulkan keadaan dianggap sebagai bersalah,” katanya kepada wartawan awal pagi ini.

Akmal yang ditemani peguamnya, Aizat Azam dipanggil oleh pihak polis bagi diambil keterangan berhubung demonstrasi di hadapan sebuah kedai di Kepala Batas yang sebelum ini mencetus kontroversi apabila memasang Jalur Gemilang terbalik.

Kelmarin, beliau mengetuai lebih 300 individu daripada UMNO, Bersatu dan Pas dalam satu perarakan sejauh 1.4 kilometer bagi membuat bantahan terhadap pemilik kedai tersebut.

 Beliau menegaskan, isu mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik bukan perkara baharu malah ia kerap berlaku setiap kali menyambut kemerdekaan.

“Sekiranya tiada hukuman yang keras dan tiada tindakan diambil terhadap pihak yang sesuka hati memperkotak-katikkan lambang negara ini, maka perkara ini akan berulang dan berulang setiap tahun. Jika kesilapan itu disengajakan seperti mengibarkan bendera secara terbalik dan meminta ia direkodkan, ia seolah-olah menghina rakyat Malaysia,” katanya.

Mengulas lanjut, Muhammad Akmal berkata himpunan yang diadakan berlangsung secara aman tanpa sebarang provokasi.

“Kita berjaya lakukan himpunan itu dengan aman dan tidak seperti yang digembar-gemburkan bahawa kita datang dengan kekerasan. Rakyat Malaysia masih mampu berfikir, namun mereka juga ada hati dan perasaan untuk menghormati lambang ini (Jalur Gemilang),” katanya.

Mengenai tindakan pemimpin DAP yang mahu parti itu memutuskan hubungan dengan beliau, Akmal berkata, himpunan itu tidak bermotifkan politik walaupun beliau daripada UMNO.

“Himpunan ini bukan untuk dipolitikkan. Ini soal menjaga kehormatan negara. Maka jika ada pihak DAP nak mempolitikkan tapi tuduh pula kita yang mempolitikkan…silakan,’’ katanya.

Sementara itu, Aizat berkata, proses rakaman percakapan ke atas Akmal berjalan selama dua jam dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Latest

“Adakah kita hendak letak juruterbang dalam ‘keranda terbang’? – Agong titah batal beli pesawat usang

“Jangan ulang kesilapan dahulu apabila kita beli pesawat SkyHawk...

Kematian Zara cetus kebangkitan luar biasa, kuasa netizen mengoncang negara

"Kematian Zara mungkin tragis, tetapi ia telah membangkitkan kesedaran...

PN mampu buat kejutan dalam PRN Sabah, kata PAS

"PN Sabah juga tidak pernah terpalit dengan sebarang kes...

Kawan tak bayar hutang? Ini cara tuntut balik duit anda di Mahkamah!

"“Paling penting kena tahu alamat orang yang nak disaman,...

Newsletter

spot_img

Don't miss

“Adakah kita hendak letak juruterbang dalam ‘keranda terbang’? – Agong titah batal beli pesawat usang

“Jangan ulang kesilapan dahulu apabila kita beli pesawat SkyHawk...

Kematian Zara cetus kebangkitan luar biasa, kuasa netizen mengoncang negara

"Kematian Zara mungkin tragis, tetapi ia telah membangkitkan kesedaran...

PN mampu buat kejutan dalam PRN Sabah, kata PAS

"PN Sabah juga tidak pernah terpalit dengan sebarang kes...

Kawan tak bayar hutang? Ini cara tuntut balik duit anda di Mahkamah!

"“Paling penting kena tahu alamat orang yang nak disaman,...

Technology Will Help Keep Your Home from Becoming Obsolete

I understand how that could positively effect your body,...
spot_imgspot_img

“Adakah kita hendak letak juruterbang dalam ‘keranda terbang’? – Agong titah batal beli pesawat usang

“Jangan ulang kesilapan dahulu apabila kita beli pesawat SkyHawk secara ‘second hand’. Adakah kita hendak letak juruterbang kita dalam ‘keranda terbang’? Awak fikirlah sendiri"...

Kematian Zara cetus kebangkitan luar biasa, kuasa netizen mengoncang negara

"Kematian Zara mungkin tragis, tetapi ia telah membangkitkan kesedaran baharu – bahawa setiap kanak-kanak berhak dilindungi, dan setiap penderaan mesti dilawan habis-habisan" PEMERGIAN tragis kanak-kanak...

PN mampu buat kejutan dalam PRN Sabah, kata PAS

"PN Sabah juga tidak pernah terpalit dengan sebarang kes rasuah dan salah guna kuasa," - Aliakbar PEMIMPIN PAS Sabah optimis Perikatan Nasional (PN) mampu membuat...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here