TRENDING:

Technology Will Help Keep Your Home from Becoming Obsolete

I understand how that could positively effect your body,...

PN mampu buat kejutan dalam PRN Sabah, kata PAS

"PN Sabah juga tidak pernah terpalit dengan sebarang kes...

Panduan percutian ke Melbourne dengan bajet rendah

"HANG gila ka? Orang beraya balik kampung, hang pi...

‘Bukan hubungan sulit,’ MIC akui bincang dengan PN – SA Vigneswaran

“MIC akan menentukan hala tuju kita sendiri, namun kami tidak marah dengan siapa-siapa,” Presiden MIC


PRESIDEN MIC Tan Sri SA Vigneswaran mengesahkan perbincangan tidak rasmi dengan Perikatan Nasional (PN) mengenai hala tuju parti mereka dalam Barisan Nasional (BN).

Vigneswaran berkata kepimpinan parti sedang mengkaji secara serius hala tuju berikutan usul yang dicadangkan oleh ahli akar umbi, termasuk di Kedah dan Pulau Pinang, yang menggesa parti itu menyertai PN.

“Ya, kita akui ada melakukan perbincangan tidak rasmi dengan PN mengenai hala tuju MIC.

“MIC tak ada sembunyi apa-apa (perbincangan dengan PN), ini bukannya hubungan sulit.

“MIC akan menentukan hala tuju kita sendiri, namun kami tidak marah dengan siapa-siapa,” katanya dipetik Harian Metro.

Bercakap pada sidang media selepas merasmikan konvensyen perwakilan MIC Johor ke-79 di Kota Tinggi hari ini, Vigneswaran menegaskan MIC masih mengkaji dengan teliti hala tujunya sebelum keputusan muktamad dibuat.

Dia menegaskan bahawa sebarang keputusan yang diambil adalah untuk kebaikan masyarakat India di negara ini dan untuk masa depan parti, sambil menyatakan bahawa dinamik dan landskap politik negara yang semakin berkembang memerlukan parti itu merangka langkahnya dengan teliti bagi mengelak daripada menjadi tidak relevan.

“Semua perlu faham, dinamika politik negara sudah berubah, jika MIC tak terima hakikat itu, kami akan hilang.

“MIC terima kami dikata lemah, namun pelik apabila masih ramai nak bincangkan mengenai parti ini, ini kita tak faham.

“Banyak analisis dibuat mengenai MIC, macam-macam yang yang dikatakan namun kita tidak percaya (analisis dibuat mengenai MIC).

“MIC hanya percayakan akar umbi kami sahaja,” katanya.

Awal bulan ini, MIC Kedah meluluskan resolusi untuk bekerjasama dengan pakatan pembangkang PN tanpa menolak kemungkinan meninggalkan BN.

Pengerusi MIC Kedah SK Suresh dipetik sebagai berkata rakyat di negeri itu khususnya masyarakat India sudah mula bosan dengan kerajaan persekutuan sedia ada, dengan ada yang kesal mengundi Pakatan Harapan.

Sebelum ini, Vigneswaran memberitahu perhimpunan MIC Perak bahawa parti itu bersedia untuk berunding dengan mana-mana pihak demi masa depan MIC dan kesejahteraan masyarakat India.

Kenyataannya dibuat selepas Timbalan Presiden MIC M Saravanan mendakwa parti itu diketepikan oleh kerajaan perpaduan, mencetuskan perang mulut dengan Umno dan DAP.

Pada 15 Ogos lalu, Mursyidul Am PAS Hashim Jasin dilaporkan tidak menolak kemungkinan PAS dan PN menerima MCA dan MIC, dengan mendakwa PAS dan PN telah dijemput untuk membincangkan perkara itu dengan kedua-dua parti komponen BN itu.

Latest

“Adakah kita hendak letak juruterbang dalam ‘keranda terbang’? – Agong titah batal beli pesawat usang

“Jangan ulang kesilapan dahulu apabila kita beli pesawat SkyHawk...

Kematian Zara cetus kebangkitan luar biasa, kuasa netizen mengoncang negara

"Kematian Zara mungkin tragis, tetapi ia telah membangkitkan kesedaran...

PN mampu buat kejutan dalam PRN Sabah, kata PAS

"PN Sabah juga tidak pernah terpalit dengan sebarang kes...

Kawan tak bayar hutang? Ini cara tuntut balik duit anda di Mahkamah!

"“Paling penting kena tahu alamat orang yang nak disaman,...

Newsletter

spot_img

Don't miss

“Adakah kita hendak letak juruterbang dalam ‘keranda terbang’? – Agong titah batal beli pesawat usang

“Jangan ulang kesilapan dahulu apabila kita beli pesawat SkyHawk...

Kematian Zara cetus kebangkitan luar biasa, kuasa netizen mengoncang negara

"Kematian Zara mungkin tragis, tetapi ia telah membangkitkan kesedaran...

PN mampu buat kejutan dalam PRN Sabah, kata PAS

"PN Sabah juga tidak pernah terpalit dengan sebarang kes...

Kawan tak bayar hutang? Ini cara tuntut balik duit anda di Mahkamah!

"“Paling penting kena tahu alamat orang yang nak disaman,...

Technology Will Help Keep Your Home from Becoming Obsolete

I understand how that could positively effect your body,...
spot_imgspot_img

“Adakah kita hendak letak juruterbang dalam ‘keranda terbang’? – Agong titah batal beli pesawat usang

“Jangan ulang kesilapan dahulu apabila kita beli pesawat SkyHawk secara ‘second hand’. Adakah kita hendak letak juruterbang kita dalam ‘keranda terbang’? Awak fikirlah sendiri"...

Kematian Zara cetus kebangkitan luar biasa, kuasa netizen mengoncang negara

"Kematian Zara mungkin tragis, tetapi ia telah membangkitkan kesedaran baharu – bahawa setiap kanak-kanak berhak dilindungi, dan setiap penderaan mesti dilawan habis-habisan" PEMERGIAN tragis kanak-kanak...

PN mampu buat kejutan dalam PRN Sabah, kata PAS

"PN Sabah juga tidak pernah terpalit dengan sebarang kes rasuah dan salah guna kuasa," - Aliakbar PEMIMPIN PAS Sabah optimis Perikatan Nasional (PN) mampu membuat...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here